Wednesday, November 6, 2013

Roti / Bun Mudah ....














Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati

- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam)
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm

 - setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, ..)

- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.

- - jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gu