Sunday, July 1, 2012

~ Kek coklat kukus ~

 


Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur


Cara Penyediaan:
Panaskan kukusan.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.
Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.



........................................................

Cara kedua :

 
Bahan-Bahan: 
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara : 
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.

No comments: