Tuesday, July 10, 2012

~ Roti John Sos Lada Hitam ~


Bahan-bahanya
3 roti hotdog
2 biji telur
2 keping daging burger lembu dimasak dahulu dan dipotong kecil-kecil
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak
( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )



Cara-cara

1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecil, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.

2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus)  dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.

3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur, lebarkan sedikit mengikut saiz roti hotdog dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.

4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.

5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
roti john siap ditoppingkan dengan sos lada hitam, mayonis dan sos cili

No comments: