Whipping Cream atau krim putar terdiri daripada 2 jenis iaitu
- Non-Dairy Whipping Cream (sesuai untuk topping atau hiasan)
- Dairy Whipping Cream. (sesuai utk buat pemanis mulut/masakan dlm kek)
Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada
di dalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping
Cream.
Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip
Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah
krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak
sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini
menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan
krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang
3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan
dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga
menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan
menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk
cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati
(kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses
nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga
kembang dan gebu.
- Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa
gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa
kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah
gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan
krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika
ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis
bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair)
ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan
hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh
krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak
pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja)
- Mewarna:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja
dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau
serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna
sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar
untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang
diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan
cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita
dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim.
Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
- Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti
sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek.
Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus
digunakan. Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya
boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas
kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right ) Walau
bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier
untuk keterangan yang lebih tepat.
- Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip
topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah
seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes
and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan
Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor
Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto
Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain.
Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping (picture courtesy of Google)
Vivo Topping Ace keluaran Singapore – yang biasa saya gunakan dan sekarang dah berubah warna(picture courtesy of Google)
Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google)
1 comment:
moncler
yeezy boost 350 v2
kyrie 6
cheap jordans
jordan shoes
off white x jordan 1
golden goose sneakers
supreme
supreme outlet
goyard handbags
Post a Comment