Sunday, November 17, 2013

Tips Yang Baik Untuk menjaga kesihatan ketika usia tua .....

Petua Prof. DiRaja Ungku Aziz Menjaga Kesihatan

a. Senaman - Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging selama 1 atau 2 jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

b. Pemakanan - Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak.

c. Sarapan - Cuma 4 biji kurma dan ketika musim jambu air. Buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan Apple cider yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

d. Makan Tengah Hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, diamalkannya sebarang pantang.

e. Makan Malam - Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak 6 gelas. Kadangkala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

No comments: