Friday, December 20, 2013
Coklat Moist Kukus Mudah
Bahan A.
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
2 sudu besar butter
Bahan B
1 cawan susu pekat
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara.
Bahan A dicampur semuanya dan dimasak secara double boil sehingga semuanya sebati. Kemudian sejukkan.
Bahan B dicampur semuanya dan adun , guna hand whisk saja.
Kemudian bahan A dan B dicampurkan, gaul sebati.
Adunan masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Jika guna loyang kukus selama 1 jam.
* Kalau guna loyang, hendaklah disapu dengan majerin ye.
Topping.
1 cawan coklat masakan yg telah dipotong kecil-kecil.
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar butter.
* campurkan semua bahan dan masak secara double boil sehingga larut biarkan sejuk sedikit dan curah ke atas kek yg telah sejuk.
Labels:
cake (kek)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment