*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu
kecil
2 biji tomato sederhana besar -
didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/1 serbuk lada
hitam yang diblnd
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging
Caranya :
1. Cairkan mentega guna api
perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan
sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau
hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga
tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar,
sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk
cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak
berketul.
5.
Kacau sebati. tutup api dan
biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar
sampai halus
dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng tambah juga dengan hirisan tomato & brokoli
celur.
No comments:
Post a Comment