Bahan-Bahan;
- 1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Cawan Serbuk Koko
- 1/2 Cawan Susu Vanilla
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
- 1 Biji Telur
Cara-Cara;
1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, susu dan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk vanilla. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
4. Asingkan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, campur dengan serbuk koko. Bahagian kedua campur dengan susu perisa vanilla. Gaul sebati keduanya.
5. Tuang kedua-dua adunan kedalam loyang. Corak ikut kreativiti :p
6. Bakar (180'c) selama 45 minit.
Tips Tambahan;
1. Guna susu perisa vanilla brand Calciyum. Susu lain tatau ada perisa vanilla ke tidak.
2. Kalau guna serbuk koko Vanhouten bolehla masukkan 3/4 cawan.
No comments:
Post a Comment