Ramai di kalangan kita tidak mengetahui cara mengatasi masalah
gigi berlubang. Mengatasi masalah gigi berlubang kerap dianggap menjadi
satu tanggungjawab doktor gigi semata-mata. Dapatkan nasihat doktor gigi untuk mengatasi masalah gigi berlubangJika kita berkesempatan untuk bertanya pesakit yang menghidap masalah
gigi berlubang, mereka akan meluahkan perasaan bahawa masalah gigi
berlubang ini boleh menjadi satu pengalaman yang mengerikan. Di samping
terpaksa menahan kesakitan gigi, pesakit yang mengalami masalah gigi
berlubang juga terpaksa menghadapi masalah sukar melakukan aktiviti
harian seperti tidur, makan, minum dan sebagainya.
Kajian menunjukkan 60%-90% daripada budak sekolah dan orang dewasa di
negara membangun mengalami masalah gigi berlubang atau karies gigi.
Masalah gigi berlubang ini timbul disebabkan oleh kurang kepekaan
terhadap kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Tabiat tidak menggosok
gigi dengan betul, menggosok gigi hanya sekali sehari dan gemar
mengambil diet yang manis menjadi faktor penyumbang kepada masalah gigi
berlubang ini.
Bagaimana masalah gigi berlubang terbentuk? Masalah gigi berlubang juga dikenali sebagai masalah karies gigi.
Gigi kita mempunyai satu sistem keseimbangan untuk mencegah pembentukan
karies gigi. Air liur kita mempunyai fungsi untuk meneutralkan asid yang terbentuk
pada celah-celah gigi. Asid ini terbentuk akibat daripada tindakbalas
bakteria mulut terhadap sisa-sisa makanan yang terbentuk di celah-celah
gigi. Asid yang terbentuk akan melarutkan mineral yang terkandung di
dalam gigi lalu menyebabkan permukaan gigi menjadi lemah dan rapuh.
Proses ini dikenali sebagai ‘dimineralisasi’.
Selain daripada tindakan meneutralkan asid yang terbentuk, air liur
juga bertindak untuk menambahkan semula mineral yang telah hilang pada
permukaan gigi kerana air liur kita mempunyai simpanan mineral yang
diperlukan oleh gigi. Proses ini dikenali sebagai ‘mineralisasi’. Proses keseimbangan antara ‘dimineralisasi’ dan ‘mineralisasi’ berlaku banyak kali dalam masa satu hari. Anatomi gigi dan gusiMasalah gigi berlubang akan mula timbul apabila proses
‘dimineralisasi’ berlaku lebih lama daripada proses ‘mineralisasi’.
Akibatnya, permukaan gigi akan menjadi rapuh pada awalnya di bahagian
enamel. Seterusnya proses pembentukan karies akan melarat ke bahagian
dentin yang sensitif lalu menyebabkan gigi mudah menjadi nyilu dan
sakit. Akhirnya, sekiranya masalah gigi berlubang ini tidak dirawat,
pembentukan karies akan melarat ke akar-akar gigi lalu menyebabkan
kesakitan gigi yang teramat sangat. Masalah gigi berlubang ini mudah berlaku di tempat-tempat tertentu pada gigi iaitu:
permukaan gigi geraham
celah-celah hadapan dan belakang gigi
kawasan gigi yang berlapis
Tanda-tanda gigi berlubang
makanan mudah terselit di celah-celah gigi
kelihatan liang-liang kecil di permukaan gigi
pembentukan bintik putih atau hitam pada permukaan gigi
rasa ngilu atau sakit apabila minum air yang panas atau sejuk
kelihatan lubang yang jelas pada permukaan gigi
Cara mengatasi masalah gigi berlubang
a) Menggunakan penyedut minuman semasa meminum air yang manis
Ramai doktor gigi mengesyorkan kaedah menggunakan straw atau
penyedut minuman semasa meminum air yang manis kerana ia dapat mengatasi
masalah gigi berlubang dengan cara menghindar gula daripada melekat
pada celah-celah gigi. Penggunaan straw akan menyalurkan air yang
diminum terus ke belakang mulut dan seterusnya ke tekak.
b) Mengumuh air kosong selepas makan
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi telah
mengesyorkan agar kita mengumuh mulut kita dengan air kosong sekiranya
kita tidak berkesempatan untuk menggosok gigi atau melakukan ‘dental
flossing’ selepas makan. Cara ini akan membasuh sisa-sisa makanan dan
gula yang terselit di celah-celah gigi dan mengurangkan peningkatan
populasi bakteria di dalam mulut selepas makan.
c) Kerap menukar berus gigi
Walau sekerap mana kita menggosok gigi, sekiranya berus pada gigi
telah mula melentur dan tumpul, ia tidak akan menghindar pembentukan
karies pada celah-celah gigi. Berus tersebut tidak akan dapat
membersihkan celah-celah gigi yang dipenuhi dengan sisa-sisa makanan.
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang ini, ramai pakar telah
mencadangkan kita menukar kepada berus gigi baru sekurang-kurangnya 3
bulan sekali atau apabila berus pada gigi sudah mula melentur.
d) Pilih berus gigi yang berkualiti tinggi untuk digunakan
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang secara umumnya, berus gigi
yang digunakan juga perlulah mempunyai kebolehan untuk menggosok
sehingga ke celah-celah gigi dan tidak menyebabkan sebarang luka kepada
gusi. Menurut cadangan yang disyorkan oleh doktor gigi, berus gigi yang
sesuai digunakan adalah jenis yang mempunyai berus yang lembut dan
melengkung serta kepala berus gigi tersebut sebaik-baik berbentuk bulat.
berus gigi melengkung dan berkepala bulat
e) Jadualkan masa makan benda-benda yang manis
Walaupun cadangan ini kelihatan sukar dilakukan, namun ia banyak
membantu untuk mengatasi masalah gigi berlubang. Sebagai contoh,
sekiranya seseorang itu mengambil 3 keping coklat dan kemudian dia
menggosok gigi sebelum tidur, dia mempunyai risiko yang lebih rendah
untuk mendapat masalah gigi berlubang berbanding dengan seseorang yang
mengambil hanya 1 keping coklat tetapi tidak menggosok gigi lalu terus
tidur.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi
menyarankan agar kita menggosok gigi sebelum tidur sebaik selepas
mengambil makanan yang manis seperti snek dan sebagainya.
f) Cegah anak anda daripada menghisap botol susu semasa tidur
Mengikut kajian, kebanyakan kes gigi berlubang yang berlaku pada
kanak-kanak berpunca daripada tabiat membiarkan botol susu di dalam
mulut budak semasa tidur. Ini akan menyebabkan susu melekat di
celah-celah gigi dan meningkatkan penghasilan asid.
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang di kalangan kanak-kanak yang
sudah biasa dengan tabiat ini, doktor gigi mencadangkan ibu bapa
menukarkan botol susu yang telah habis dengan botol yang berisi air
kosong. Ini dapat membersihkan sisa-sisa susu yang melekat di
celah-celah gigi dan mencairkan asid yang mungkin terbentuk.
g) Pengambilan keju bersama dengan menu makanan
Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Ralph Burgess dari University of
Toronto Dental School dalam usahanya untuk mengatasi masalah gigi
berlubang di kalangan pesakit-pesakitnya, beliau telah mendapati keju
dapat merangsang penghasilan air liur di dalam mulut yang seperti sedia
maklum dapat membantu untuk meneutralkan asid yang terbentuk akibat
daripada tindakan bakteria mulut. Di samping itu, beliau juga mendapati
bahawa kandungan keju yang kaya dengan kalsium dan fosfat juga dapat
menghasilkan satu lapisan pelindung kepada gigi yang berupaya untuk
mencegah proses ‘dimineralisasi’ yang disebabkan oleh asid yang
terbentuk pada celah-celah gigi.
h) Kunyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol selepas makan
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi juga menyarankan
kita menguyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol sebaik selepas
makan. Salah satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Davis S. Halpen dari
Academy of Dentistry di Maryland mendapati xylitol yang juga terdapat
pada buah-buahan dan sayur-sayuran mampu untuk merencat pembiakan dan
pengumpulan bakteria pada celah-celah gigi yang mengandungi sisa-sisa
makanan. Tambahan lagi, dengan menguyah gula-gula getah, kita juga
merangsang rembesan air liur yang boleh membantu untuk meneutralkan asid
yang terbentuk pada celah-celah gigi.
i) Membersihkan celah-celah gigi dengan menggunakan pencungkil gigi
Membersihkan celah-celah gigi selepas makan dengan menggunakan
pencungkil gigi juga dapat mengatasi masalah gigi berlubang. Kaedah ini
dapat membersihkan sisa-sisa makanan yang terdapat pada celah-celah
gigi.
j) Mengambil ubat gastrik antacid bagi penghidap penyakit gastritis
Selain daripada tabiat kurang menjaga kebersihan gigi, pesakit yang
menghidap penyakit gastitis juga boleh mengalami masalah gigi berlubang
melalui reflux asid dari perut ke rongga mulut.
Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, para doktor menyarankan
pesakit gastritis kerap mengambil ubat antacid bagi membantu
mengurangkan masalah reflux ini.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein
untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram
fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi
dan tulang.
Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga
boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan
gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang
dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah
tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan
alkohol, boleh cuba meminum perahan daunnya.
Cara-Cara
Campur semua bahan di atas dalam mixer. Pukul sampai adunan menjadi
pekat, pucat warnanya..*guna high speed. Adunan menjadi pekat
seakan-akan yogurt.. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru
letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan
mekar tersenyum... Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika
inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan
pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah
diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar. Penutup kukusan juga
hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas
apam.
Di antara beberapa amalan dalam ikhtiar mengelak sihir, santau dan
penyakit-penyakit fizikal adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.
Jadikanlah Bismillah 5 sebagai amalan harian selepas solat, ketika
keluar rumah dan semasa nak tidur. InsyaAllah dengan mengamalkannya kita
akan mendapat perlindungan Allah.
Bacaan dalam Rumi
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu’aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Makna Ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan
sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui
Antara khasiat Bismillah
Penawar bisa diri
Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
Penawar bisa-bisa badan
Penawar bisa batu merian
Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan
anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun
menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas
yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan
sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
Bahan-bahan inti : 3 biji ubi kentang, dipotong dadu 1 tin kecil kacang peas 1 btg carrot sederhana di potong dadu 500gm isi ayam di cincang, ;atau bole guna 4 keping burger ayam 1 biji bawang besar, dicincang halus atau diblender 3 biji bawang putih, dicincang halus atau diblender 3 sudu besar serbuk kari - jadikan pes campurkan dgn air 1 mangkuk Garam secukup rasa Sedikit minyak masak utk menumis
Cara-cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika.
2. Masukkan ayam dan kentang, carrot, dan kacang peas. Masak sehingga
air kering dan kentang empuk . Tambahkan dengan sedikit garam. 3. Jika kentang masih belum lembut, tambahkan lg air dan kacau sehingga air kering. Matikan api dan sejukkan dlm tudung saji.
Kulit Risoles: ( dapat 25kpg guna pan 16cm) 2 cwn tepung gandum 3 cwn air boleh gantikan dengan santan @ susu cair secubit garam sebiji telur minyak utk mengoreng
Untuk salutan: 2 biji telur breadcrumb secukupnya
caranya :
masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan
jangan terlalu cair @ pekat. panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk
adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil
sehelai kulit, masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga
habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung
tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.
Bahan utk kuah: 1/2 kg keledek - direbus dan dikisar 5 biji bawang merah* 3 ulas bawang putih* 3 btg serai* Sedikit halia* Sedikit lengkuas* 100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar) 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar serbuk kari daging Air rebusan daging secukupnya Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya: ================= Panaskan minyak kedalam periuk. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar. Masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dihidang.
Bahan2 yang lain: 1 kg mee kuning - dicelur 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris 1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah) 300 gm taugeh - dicelur 3 keping tauhu - dihiris nipis Daun sup & daun bawang Bawang goreng Cili hijau / cili merah - dihiris Telur rebus
Bahan2 .... 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 5 sudu besar santan (santan kotak) 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal) 1/2 sudu besar garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna) 1 biji telur air secukupnya 2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.
CARA PENYEDIAAN 1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu. 3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan. 4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas. *adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll
CARA - CARA : 1. Satukan gula & susu suam. Kacau rata hingga hampir larut. Masuk kan yeast. Biarkan berbuih (15 minit). 2. Satukan tepung gandum, tepung roti, susu serbuk & garam, gaul rata.
3. Masuk kan whipping cream, butter cair & yeast yg telah sedia.
Gaul rata hingga bersatu. Kemudian uli adunan selama 15 minit untuk
mendapatkan texture yg licin & tidak melekat (elastic). 4.
Setelah dough sedia, letak kan dough kedalam bekas bersih yg telah
disapu dgn minyak. Ditutup bekasnya dgn plastic cling wrap & biarkan
dough naik 2 kali ganda (kurang lebih 1 jam). 5. Apabila dough telah sedia, tumbuk sekali supaya keluar angin kemudian diuli sedikit supaya rata. 6. Minyak kan tangan, bulat-bulatkan dough saiz besar sedikit dari bola ping pong. Letak kan kedalam mangkuk papercup. 7. Taburkan keju cheddar parut & gula halus keatas bebola roti. Rehatkan 30 minit.
8. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius
selama 15 - 20 minit atau sehingga kecoklatan bergantung pada oven
masing-masing
Bahan kulit karipap ( 80 biji ) 900gm Tepung Gandum 100gm Tepung Ubi 1/2 cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( planta atau marjerin juga boleh gantikan minyak ) 2 cawani air yang sudah dilarutkan dengan garam
Cara buat kulit karipap
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan minyak masak yang
sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dengan spatula sementara
minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah
tidak panas. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang
sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung
sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika, sebelum anda
mencanainya menjadi kulit karipap.
Uli sebentar,bentukkan doh
menjadi bebola tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh
pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
Untuk
mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena
pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin
yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi
rangup.
Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup Petua bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng Dan anda perlu tambahkan 1 senduk lelemak sayuran @ shortening ke dalam minyak masak. Ia bagi memastikan kerangupan karipap. Goreng pada api yuang sederhana dan perlu dibalik balikkan. Selamat Mencuba!
Anggur 1 tngkai Epal hijau 3 bji Pear 1 bji Serbuk asam boi Asam boi bji Mayonis- SAJI mayo Kismis sbgai hiasan.
CARA2NYA : Potong buah ikut citarasa anda. Letak asam boi 5-6 biji ikut rasa
kita. Gaulkn dgan mayonis n serbuk asam boi..bg rata n secukup rasa...
Simpan peti ais..sdap di mkn sejuk2.. Msa nk mkn tu tmbah lg sedikit
serbuk asam boi n tabur sedikit kismis... Yummy!!
250GM BUTTERCUP 1/2 TIN SUSU PEKAT 100GM TEPUNG UBI 450 GM TEPUNG JAGUNG 1 SUDU TEH ESEN VANILA
UNTUK HIASAN COKLAT CHIPS ATAU BUAH CHERY
CARA CARA
1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU
PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG 2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT. 3.GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI 4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT GUNA API BAWAH SAHAJA. SUHU KENALAH IKUT OVEN MASING2 ...
BAHAN-BAHANNYA 4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul) 5 cawan air rebusan ayam 3/4 cawan susu sejat 1 biji bawang besar * 1 inci halia * 3 ulas bawang putih * 2 biji tomato merah *(*dikisar halus) 1/2 camca besar tomato puree 2 camca besar tomato sos 1 helai daun pandan, disimpul 2 camca besar penuh minyak sapi Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN TUMIS 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga BAHAN HIASAN Hirisan daun sup Hirisan daun bawang Kismis secukupnya Bawang goreng secukupnya CARA MEMBUATNYA 1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak.
3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.
Bahan-Bahan: 6 biji putih telur 2 cawan gula halus 6 biji kuning telur 1 cawan pati santan 1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
Bahan diayak: 4 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara Penyedian: 1- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi. 2- Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata. 3- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati. 4- Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu. 5- Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus. 6- Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.
Nota penting: Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus.
Sebelum
Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya
agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi,
membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang
yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu
jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan
memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada
kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan
kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. _________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya
telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU." ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Astaghfirullah Rabbal BarroyaAmpunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat
Astaghfirullah Minal khotoya.Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa
[X4]
Astaghfirullah Rabbal Barroya Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat
Astaghfirullah Minal khotoya. Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa
[X4]
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Wa wa fiqni 'amalan maqbula
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Wa Wa habli rizqan waasi'a
Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Wa tub 'alaia taubatan nasuha [X2]
Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha
Astaghfirullah Rabbal Barroya Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat
Astaghfirullah Minal khotoya. Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa
[X4]
Merendah diri adalah lawan kepada meninggikan diri.Dalam bahasa Arab, ianya disebutkan sebagai tawaadhu'.
Seorang penyair berkata:
تواضع تكن كالنجم لاح لناظرٍ # على صفحات الماء وهو رفيعُ
MERENDAH DIRI lah, maka engkau menjadi seumpama BINTANG. Bintang itu
dilihat oleh orang yang memerhatikannya di atas permukaan air sedangkan
bintang itu TINGGI.
ولا تكُ كالدخان يعلو بنفسه # على طبقات الجو وهو وضيعُ
Jangan jadi seumpama ASAP. Ianya NAIK SENDIRI ke atas tingkat-tingkat udara sedangkan ianya RENDAH.
Bagi orang yang beriman, hadis Nabi shallallahu alaihi berikut sudah
cukup untuk diyakini dan diamalkan.
Baginda shallallahu alaihi wa salam
bersabda:
ما تواضع أحد لله إلا رفعه
"Tidak merendah diri seseorang KERANA ALLAH melainkan Allah MENGANGKATNYA" [Shahih Muslim (2588)]
Lihatlah betapa susahnya manusia berusaha menjadi "BINTANG" di dunia.
Pelbagai cara dan wasilah digunakan untuk mencapai sasaran ini.
Sedangkan untuk DITINGGIKAN di sisi Allah, cukup mudah. Syaratnya dengan tawaadhu' kerana Allah.
Merendah dirilah kerana Allah.
Rasulullah
s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali
di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah
kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari
tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan
itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya
yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 3. Selamat dari bahaya. 4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak”
kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk
meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang
berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa
ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan
samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang
telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau
untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang,
bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah
doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang
mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan
tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak,
gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang
menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan
diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa
ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya
bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan
tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan
bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh
terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu
diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang
boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak
boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa
ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan
dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi
bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk
jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan
untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam
masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah
berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan
yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan
agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah
apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum
tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan
belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka
yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan
ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat
bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh
terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk
tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir
adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan
sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya
ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga
yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak
sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman
penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan.
Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah
makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam
peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum
di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai
ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman
tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat
sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah
makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga
sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur
bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan
sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut
sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan
merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila
kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut
makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam
hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka
kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita
beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik,
manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang
penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan
di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam
rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis
tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah
doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke
dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan
itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Tips Memagar Diri atau Rumah dari Gangguan Sihir dan Syaitan
Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang
diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan
modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.
Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, seeloknya padahari selasa bagi memagar diridan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala. (jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).
3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan.
Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya
dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba
bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah
selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan
perlahan-lahan.
4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk
kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula,
seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.
Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita
berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5)Untuk
permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg
afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih
kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang
masa demi untuk keselematan kita semua.
Jadikannya amalan dan yg lainnya
berserah saja pada Allah Yang Esa.
///////////////////////////////////////////
Untuk memagar rumah pula caranya
adalah sama tetapi niatkan memagar rumahdari segala ancaman dari
pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada
dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya
pula.
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri
ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu
memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa
jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak
bolih sama sekali memukul pencuri itu.Cukup dengan mengambil kembali
barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia
jalan keluar.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih
dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan
niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna,
hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri
6)Satu cara lagi ..
Bagi memagar rumah dengan menggunakan ayat Kursi, sila lakukan seperti berikut: a. Lakukan sembahyang hajat 2 rakaat.
b. Setelah selesai mengerjakan sembahyang hajat 2 rakaat, anda
dikehendaki membaca ayat Kursi sekali. Semasa anda membaca ayat Kursi,
ulangkan sebanyak 70 kali apabila sampai pada ayat terakhir c.
Setelah selesai mengulangi ayat yang terakshir sebanyak 70 kali, anda
mestilah tiupkan di sekeliling rumah. Mulakan dari arah kanan, kemudian
baru ke kiri. Apabila anda lakukan seperti berikut, Insya Allah, Tuhan
akan selamatkan anda dari sebarang gangguan.
Satu lagi panduan
Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula
pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan
ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi
sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:
* Ini tembok Nabi Sulaiman * Dalamnya laut luarnya kota * Kalau kamu pecah kota ini * Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat
ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang
jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku
satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini.
Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya.
Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke
penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat
teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam
jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh
kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air
Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah
tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk
memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai
berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk
menyelamatkan dari lemas.
Setiap rumah atas bumbung ada satu Jin. Jin ini akan buat kacau dalam rumah, perhubungan keluarga, suami isteri, anak-anak dan lain-lain. Macam mana nak atasi?Selalulah dirikan solat, baca Al-Quran, baca ayat qursi dan doa Nabi Sulaiman. Mudahan Allah beri perlindungansmile emoticon
PAGAR dgn ayat suci Al-Quran selepas kunci rumah. Berdiri hadapan pintu terkunci, baca:
1) astagfirullah 3x 2) bismillah... 3) tahmid (Alhamdulillah hi robil alamin) 4) selawat 5) baca ayat 9 dari surah yasin: "Waja alna min baini aidihim satdown wamin kholfihim satdown fa aksyainahom fahom la yubsirun"
Maksud ayat: "Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka mereka tidak dapat melihat" 6) selawat 7) tahmid
Mari kita amalkan.. semoga dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga. Insyaallah.
Lakukan ini TODAY! 1)Bangun pagi ni , usap muka cakap Alhamdulilah . Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap Alhamdulilah, lepas tu
senyum dan lapangkan dada..
2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)
3)Jgn bazir waktu .........Hari ini tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org
lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah
ja. Sebut ulang2.
3)Beri makananbagi kucing jalanan.
4)Solat tepat waktu ........Solat subuh,zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus
berdoa. Mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta
sungguh2. Lepas tu cakap Alhamdulilah berkali kali kat Allah sebab bagi kita
tumpang di dunia.
5)Tekad hari ini , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen
6)Tanya kabar mak and abah, walau 5minit.
7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa
termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku
pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita.
Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.
Cuba ulang selama 3 hari berturut turut. InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut. - bubuh kulit kayu manis dlm balang gula.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite. ✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam. ✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit. ✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas. ✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam. ✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada
tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga
kering kemudian baru cuci. ✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ. ✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita
tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air
suam. Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik: • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman. • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman. • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah. • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Orang yg kena STROKE mendadak
(jatuh bilik air dsb), pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi
sedikit. Ingat, untuk mengatasi hal ini
janganlah gugup / panik. Jika mangsa berada di tempat kejadian seperti
bilik mandi / bilik tidur / ruang tamu dll. JANGAN dipindah2kan ke
tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah
sampai dia terjatuh lg. Caranya adlh dengan mengeluarkan darah pesakit
dgn menggunakan jarum yg telah dibakar / disteril yg kemudian ditusukkan
ke hujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar ± 1-2 titis. Kalau
darahnya tidak keluar boleh diurut sampai keluar, sesudah itu mangsa
akan sedar selepas beberapa minit kemudian.
Jika pesakit mulutnya
condong/herot, tariklah kedua cuping telinganya sampai merah dan
langsung tusuk bahagian bawah daun telinga dg jarum steril hingga darah
keluar ± 1-2 titis. Selepas mangsa sedar dan mulutnya sudah pulih
kembali, barulah dibawa ke doktor / hospital.
Biasanya orang yg terkena STROKE pembuluh darahnya akan lebih cepat
pecah kerana goncangan dalam perjalanan ke hospital / doktor. Orang tsb
tidak dpt sedar kembali / pengsan dan biasanya akan kurang upaya /
lumpuh.
(Kita harus ingat mengeluarkan darah dari jari orang yg terkena
STROKE, maka kita sudah boleh menolong orang tsb dari penyakit STROKE).
Share ini boleh diteruskan. Maka Tak terhinggalah jasa pahala anda,
indah berkongsi pada rakan2 dan saudara mara... In sha Allah.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. b) Bersin i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG. c)
Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh
badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin. b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman) a) Bibir pucat i) Sistem penghadaman yang lemah. ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan
fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi. b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh : a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit
akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI a. Sakit Sendi i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan
saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. b) MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan
dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah. i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : a) Sistem jantung yang lemah. b) Sistem saraf otak yang lemah. c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis