Monday, August 10, 2015
DOA RENDAH DIRI .........
Merendah diri adalah lawan kepada meninggikan diri.Dalam bahasa Arab, ianya disebutkan sebagai tawaadhu'.
Seorang penyair berkata:
تواضع تكن كالنجم لاح لناظرٍ # على صفحات الماء وهو رفيعُ
MERENDAH DIRI lah, maka engkau menjadi seumpama BINTANG. Bintang itu dilihat oleh orang yang memerhatikannya di atas permukaan air sedangkan bintang itu TINGGI.
ولا تكُ كالدخان يعلو بنفسه # على طبقات الجو وهو وضيعُ
Jangan jadi seumpama ASAP. Ianya NAIK SENDIRI ke atas tingkat-tingkat udara sedangkan ianya RENDAH.
Bagi orang yang beriman, hadis Nabi shallallahu alaihi berikut sudah cukup untuk diyakini dan diamalkan.
Baginda shallallahu alaihi wa salam bersabda:
ما تواضع أحد لله إلا رفعه
"Tidak merendah diri seseorang KERANA ALLAH melainkan Allah MENGANGKATNYA" [Shahih Muslim (2588)]
Lihatlah betapa susahnya manusia berusaha menjadi "BINTANG" di dunia. Pelbagai cara dan wasilah digunakan untuk mencapai sasaran ini.
Sedangkan untuk DITINGGIKAN di sisi Allah, cukup mudah. Syaratnya dengan tawaadhu' kerana Allah.
Merendah dirilah kerana Allah.
Labels:
tips (others),
tips (soul),
wirid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment