Saturday, August 22, 2015

Nasi Tomato ...........

 


BAHAN-BAHANNYA
4 cawan besar basmathi, cuci dan
rendam 30 minit (cm guna Basmathi
Moghul)
5 cawan air rebusan ayam
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
3 ulas bawang putih *
2 biji tomato merah *(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya


CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali,
masukkan bahan tumis dan daun
pandan, tumis hingga harum, tambah
bahan kisar halus dan masak hingga
terbit minyak. Tambah sos tomato dan
tomato puree, kacau rata dan masak
sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan
goreng selama 1 minit sambil terus
dikacau. Matikan api.

2. Masukkan beras ke dalam rice cooker,
tuang air rebusan ayam dan susu sejat.
Tambah garam secukup rasa dan masak
seperti biasa hingga nasi kering.
Taburkan kismis dan sedikit bawang
goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2
masak.

3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk
mengelakkan nasi terlalu berkerak),
gemburkan nasi dengan chop stick.
Taburkan hirisan daun sup, daun
bawang dan bawang goreng sebelum
dihidangkan bersama acar dan rendang
ayam.

No comments: