Thursday, August 6, 2015

MAHU KAYA DUNIA DAN AKHIRAT ? ............

Lakukan ini TODAY! 

1)Bangun pagi ni , usap muka cakap Alhamdulilah . Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap Alhamdulilah, lepas tu senyum dan lapangkan dada..


2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Jgn bazir waktu .........Hari ini  tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2.

3)Beri  makanan  bagi kucing jalanan.

4)Solat tepat waktu ........Solat subuh,zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepas tu cakap Alhamdulilah berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)Tekad hari ini , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)Tanya kabar  mak and abah, walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Cuba ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

No comments: