Monday, August 9, 2010

~ IKAN BAKAR ~



Bahan:
1 ekor tongkol/siakap/bawal
1 senduk minyak masak
1/2 cawan kecil air asam jawa
2 s/b gula
garam

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 biji cili hijau
1 s/b Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning

Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan.
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing semasa dibakar.
3. Bakar dalam convection oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Balikkan juga ikan tu supaya masak kedua2 belah.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi dan terbit minyaknya.
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa, gula dan garam.
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat.
7. Tuangkan ke atas ikan tadi.
8. Hidangkan bersama nasi putih

No comments: