Sunday, August 15, 2010

~ Kek Kukus ~


Bahan-bahan :

* 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
* 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja )
* 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
* 1 sk rata baking powder*
* 1 sb ovalette
* 150 ml susu cair
* 1/2 sk garam
* 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml
* 1 sk esen vanilla
* pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka



Cara-cara :

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

No comments: