Saturday, August 14, 2010

~ Pai Labu ~


BAHAN-BAHAN:


PASTRI :

250gm marjerin atau mentega
1 biji telur
380gm tepung serba guna
20gm tepung jagung
3 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla



INTI :

1 biji labu kuning (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil)
3 biji telur
120gm gula perang
120ml krim
1 sudu kecil esen vanila



CARA MEMASAK:

1. Pastri: kisar marjerin menggunakan alat pengisar OK SMOOTHY dan masukkan telur dan kemudian gula, tepung dan esen.
2. Kisar perlahan hingga bergaul rata.
3. Sediakan acuan bulat berukuran 25sm dan ratakan doh ke dalamnya dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180°C. Ketepikan.
4. Inti: kukus labu dan kisar halus.
5. Ambil 450g sahaja dan bekukan baki labu.
6. Campurkan labu kisar, telur, gula, krim dan esen dan gaul rata.
7. Tuang ke dalam kulit pai tadi dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 30-40 minit hingga keemasan.
8. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong untuk dihidang.

No comments: