Sunday, August 15, 2010
~ IKAN MASAK KERISIK ~
Bahan :
1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah dikisar
6 biji bawang putih dikisar
4 biji buah keras dikisar
2 batang serai dikisar
1 jari lengkuas dikisar
1 jari kunyit dikisar
2 ulas cekur dikisar
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis
Caranya :
Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar.
Tumis bahan kisar sebentar. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi. Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.
Labels:
fish (ikan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment