Monday, October 7, 2013

AYAM MASAK LADA ...

 
 
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji tomato belah 4
Sedikit asam jawa
2 sudu makan gula

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering dan 6 tangkai cili merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu makan lada putih biji
1 sudu makan lada hitam biji
1 inci halia

Cara memasak :
1. Ayam dilumur dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika dan goreng sekejap sahaja (jangan garing). Tos dan ketepikan
2. Ambil anggaran 1 senduk minyak gorengan ayam tadi dan tumis bahan-bahan yg telah dikisar tadi hingga naik wangi
3. Masukkan sedikit air dan asam jawa serta gula
4. Masukkan pula ayam, kacau sentiasa dan perasa garam. Tambah air jika terlalu kering
5. Apabila ayam masak, masukkan tomato. Kacau seketika dan tutup api

No comments: