Golongan dewasa tentulah faham yang makanan sihat itu terdiri daripada
bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau.
Buah-buahan segar pula digunakan sebagai pencuci mulut atau pembuka
selera. Keadaan berlaku sebaliknya kepada kanak-kanak. Mereka menganggap
makanan sedemikian sebagai jijk, membosankan, hambar dan lebih teruk ia
dianggap sebagai racun !
Keadaan inilah yang menyebabkan kanak-kanak berperang dengan makanan dan
isu ini adalah sangat mengecewakan. Namun adalah penting terutamanya
ibu bapa menjadi contoh terbaik menggalakkan pemakanan sihat. Yakinlah,
bahawa suatu hari nanti, anak anda akan berterima kasih kepada anda
kerana menyuapkannya dengan makanan yang sihat.
Saban hari, terlalu banyak makanan yang nampak lazat tetapi pada
hakikatnya makanan tersebut mengandungi nilai pemakanan yang kecil
berbanding pengawet, gula dan lemak yang digunakan.
Tetapi, bagaimana anda boleh tahu makanan yang boleh dielakkan ?
Untuk membantu anda membuat keputusan, terdapat 5 senarai makanan yang
perlu dielakkan tetapi lazim diberi kepada kanak-kanak di Malaysia sama
ada bersarapan, makan tengahari, makan malam atau makanan ringan.
1. Bijirin untuk sarapan pagi
Tidak dinafikan, apabila tiba waktu bersarapan, bijirin menjadi salah
satu pilihan ibubapa di Malaysia untuk anak-anak bersarapan. Setiap hari
kita dimomokkan di televisyen dengan iklan-iklan bijirin yang dimakan
bersama susu dan sebagainya. Bijirin sememangnya mensasarkan kanak-kanak
kerana golongan itu mudah dipengaruhi. Ditambah pula dengan
pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni. Hakikatnya, kuantiti gula
yang digunakan amatlah melebihi keperluan bagi seorang kanak-kanak.
2. Daging proses
Ya, daging proses memang cepat untuk disediakan. Cuma keluarkan dari
peti sejuk, dinyahbeku kemudian goreng dan siap untuk dimakan. Namun
tidak kita perasan bahawa makanan ini sebenarnya ibarat span menyerap
minyak masak yang digunakan semasa menggoreng ditambah lagi dengan
pengawet digunakan. Ini akan meningkatkan lagi risiko sakit jantung dan
lebih teruk lagi kanser. Kesannya tidaklah drastik tetapi jangka masa
panjang.
3. Kentang Goreng
Tiada cara lain mengelakkan makanan ini sekiranya memang sudah
tersenarai dalam makanan mingguan anak-anak anda. Namun masalah sebenar
adalah apabila member anak-anak kentang goreng setiap kali makan.
Kentang goreng tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak,
sebaliknya kandungan lemak dan garam yang amat tinggi!
4. Pizza
Dibandar, khususnya Kuala Lumpur, makanan segera seperti pizza ini tidak
asing lagi. Ibubapa yang penat seharian bekerja memlilih untuk
menghubungi pizza dan menunggu ianya sampai di depan rumah. Namun ia
sememangnya tidak sihat kerana pengawet disamping lemak dan kalori yang
tinggi.
5. Snek Ringan / Keropok
Kebanyakan makanan jenis ini dihasilkan dengan tepung yang diproses
kemudian ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang
boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Oleh hal yang demikian,
amatlah tidak digalakkan sama sekali untuk memberi anak-anak anda
memakan snek seperti ini
Kesimpulannya, sekiranya anda memahami cadangan sebenar, adalah dijamin
anak anda akan berasa dan menikmati hidup yang lebih sihat pada masa
akan datang.
No comments:
Post a Comment