Thursday, November 25, 2010

~ Nasi Lemak Kukus ~


Bahan-bahanya:

3 cawan beras ( 2 cawan beras thai, 1 cawan beras jasmine)

2 cawan santan ( santan dalam tin)

1 sudu kecil halba

2 inci halia

1 helai daun pandan

sedikit garam



Cara-caranya:

1. Basuh beras thai dan beras jasmine, tapis dan ketepikan, kemudian panaskan pengukus.

2. Hiris nipis halia, selepas itu alaskan loyang bulat dengan daun pisang, dan masukkan beras, secawan santan, daun pandan, halia dan halba, kacau sebati. Kukus selama 30 minit.

3. Setelah 30 minit di kukus, keluarkan loyang yang berisi nasi tadi, dan masukkan lagi secawan santan, kacau sebati, kukus kembali hingga nasi masak. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

No comments: