Thursday, July 17, 2014

Ondeh-Ondeh / Buah Melaka ......




Bahan-Bahan: 
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka 
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur


Cara: 
1.      Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. 
2.      Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3.      Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa  dimasak.Saya tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4.      Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5.      Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan supaya airnya wangi.
6.      Masukkan bebola pulut tadi. 
7.      Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
8.      Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 
9.      Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas. 

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////









Bahan-Bahan:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau



Cara Penyediaan:
1.Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
2.Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. 3.Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
4.Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
5.Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

No comments: