Thursday, November 25, 2010
~ Apple Bun ~
Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
100ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
2 sudu besar serbuk cinnamon
1/2 biji apple merah ( dipotong nipis ketebalan lebih kurang 1cm)
sedikit gula
* Untuk Toping* - badam cincang atau badam slice
Caranya.
1. Ambil buah epal yang siap dihiris tadi dan masukkan di dalam periuk, kemudian curah 1/2 cawan air dan 2 sudu besar gula, masak sehingga hirisan epal agak layu dan air kering, angkat dan sejukkan.
2. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 5 di bawah.
3. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
5. Terap Doh memanjang, panjang lebih kurang 30cm dan ketebalan 2cm, taburkan permukaan doh dengan 1 sudu besar serbuk cinamon dan 2 sudu kecil gula, ratakan ke seluruh doh, dan akhir sekali susun pula hirisan epal tadi.
6. Gulung doh memanjang dan potong doh pada 5 atau 6 bahagian, atur di dalam acuan bulat berukuran 18cm. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, gliss permukaan doh dengan 1 sudu kecil susu segar dan beberapa titik madu dan toppingkan dengan badam cincang atau badam slice.
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 23 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.
Labels:
bread
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment