Friday, July 25, 2014
Kuih Talam Gula Merah ...........
BAHAN-BAHAN:
(A)
250 gm gula merah
50 gm gula pasir
900 ml air
2 helai daun pandan
(B)
140 gm tepung beras
50 gm tepung Hon Kwee
1 sudu teh air kapur
(C)
150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
1.2 liter santan | dari dua biji kelapa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan bahan (a) sehingga gula hancur. Kemudian ditapis dan biarkan sehingga suam. Ketepikan.
2. Di dalam bekas, satukan bahan (b) dan dikacau sehingga sebati.
3. Setelah itu, masukkan bahan (b) ke dalam bahan (a) yang telah suam.
4. Masak di atas api yang sederhana sehingga agak pekat.
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Dalam masa yang sama, sediakan bahan (c) untuk dijadikan bahagian atas kuih talam. Satukan semua bahan ( c) dan tapis sebelum dimasak di atas api sehingga naik wap, adunan ini sedikit cair.
7. Setelah itu, lapiskan ke atas bahan yang telah dikukus tadi dan kukus lagi selama 30 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment