Wednesday, July 9, 2014

Resepi Roti Arab Goreng..........




Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
125 ml air suam
secubit garam


Cara Membuat:
1. Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.
2. Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.
3. Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin.
4. Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam. Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.
5. Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian belakangnya. Goreng sebiji sebiji sehingga habis.
6. Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah bubur kacang.

No comments: