Bahan-bahan
500 gram isi ayam [dipotong kecil dan nipis]
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 cawan minyak masak
3 ulas bawang putih ]
1 inci halia ] dicincang halus
10 tangkai ciliapi merah]
5 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung ]
1/2 cawan air ] dibancuh
1 tangkai cili merah [dihiris kasar]
Cara Membuat
1. Masukkan ayam dan kicap cair didalam mangkuk. Gaul sebati dan perapkan selama sekurang-kurangnya 20 minit.
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga garing.
3. Angkat dan tuskan.Ketepikan.
4. Panaskan mentega dan sedikit minyak masak di dalam kuali lain dan tumiskan bawang putih, halia sehingga wangi.
5. Masukkan daun kari dan ciliapi. Kacau sebentar.
6. Perlahan api dan masukkan susu cair, bancuhan air tepung jagung dan sos tiram. Kacau sebati.
7. Bila kuah agak pekat tutup api dan masukkan ayam dan cili merah. Kacau sebati.
(
No comments:
Post a Comment