Wednesday, September 24, 2014

Tepng Pelita .........



 
Bahan2 (Lapisan bawah-hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur dan sedikit garam


Bahan2 (Lapisan atas-putih)
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 kotak santan 250ml
2 cawan air
sedikit garam

Cara-cara : (lapisan bawah-hijau)
1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan (+sedikit pewarna hijau) dan air kapur dibancuh hingga sebati
2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar)
3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap

Cara-cara lapisan atas :
1. 1 kotak santan dicampurkan dengan 2 cawan air, 4 sudu tepung beras dan garam2. Kacau sehingga sebati
3. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat,
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
4. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
5. Sejukkan

No comments: