Tuesday, June 21, 2016

KRIM PAF ..


Bahan .....
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit
Cara membuatnya
1.         Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
2.                  Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
3.                  Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4.                  Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5.                  Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6.                  Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7.                  Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.
INTI KASTARD
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard
Cara membuatnya
1.                  Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2.                  Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3.                  Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.

4.                  Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.
 
TIPS UTK KRIM PAF ......
 
 
Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah. Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.
 
 Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan.
 
 Gunakan periuk kaca atau heavy-based dan kalis lekat (non-stick). Periuk jenis ini mampu menampung kehangatan walaupun apinya dimatikan. Kacau campuran tepung dengan air tadi sepantas mungkin. Gunakan senduk kayu. Bila campuran membentuk doh dan tidak melekat pada periuk, anda boleh berhenti mengacau. Letak di dalam mangkuk besar.
 
Untuk memastikan krim paf sedap, isikan dengan inti sejurus sebelum dihidangkan. Jika inti dimasukkan terlalu awal, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair. Ini merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.
 

No comments: