Thursday, June 2, 2016

Red Velvet Strawberry Cheese Brownies .............

l


 

Bahan-bahan :

 60g mentega/marjerin
100g (1/2 cawan metrik) gula castor
1 biji telur grade A
Sedikit vanilla
1/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh jus lemon atau cuka

Bahan2 yang diayak bersama:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar serbuk koko

Bahan2 yang dibancuh bersama, bancuh dan ketepikan sebentar:
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh jus lemon atau cuka
1/2 sudu teh (atau secukupnya) pewarna merah terang (bright red)

Cara membuatnya:

Sapu loyang berukuran 7x7 inci dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak. Pastikan kertas minyak lebih panjang dari sisi loyang supaya mudah nak keluarkan kek nanti.

Satukan mentega/marjerin dengan gula castor dan pukul hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan bahan-bahan yang diayak berselang seli dengan bancuhan susu, pewarna dan jus lemon (atau cuka). Kaup balikkan hingga sebati. Ketepikan.

Satukan baking soda dan jus lemon (atau cuka). Bila dah berhenti berbuih masukkan ke dalam adunan tadi. Pukul sebentar sahaja hingga sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-30 minit hingga masak. Sementara menunggu RV brownies masak bolehlah sediakan lapisan keju.

Bahan2 untuk lapisan keju:

250g cream cheese
2 biji telur grade B
70g gula (boleh lebihkan jika suka lebih manis)
Sedikit vanilla
Strawberry fruit filling secukupnya (boleh didapati di kedai barangan bakeri)

Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan vanila dan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga rata.

Bila RV brownies dah masak, tuangkan adunan keju di atasnya (tak perlu tunggu brownies sejuk dahulu).

Sudukan atau paipkan strawberry fruit filling ke atas adunan keju secara rawak dan lorek menggunakan lidi atau hujung pisau.

Bakar secara baine marie (water bath) dengan memasukkan loyang berisi adunan tadi ke dalam loyang lebih besar yang berisi air panas mendidih.

Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak.

Bila sudah sejuk bolehlah keluarkan dari loyang

No comments: