Saturday, August 21, 2010

~ Wirid Wali-Wali Allah ~

Baca sebelum tidur setiap malam:

1. YAA LAA ILAA HA ILLA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN (40 kali) wirid nabi Yunus.

2. WALLAHU GHALIBUN NGALAA AMRIHI (33 kali) wirid sayyidina Ali.

3. YAA HAYYUN YAA QAYYUUMU YAA ILAA HANA WA ILAAHA KULLA SYAI'IN ILAAHAN WAAHIDAN LAA ILAA HA ILLA ANTA (33 kali) wirid Asif barkhiya'.

4. YAA ZHAL JALAALI WAL IKRAAMI (300 kali) wirid Imam Ghazali.



DAN Hadiahkan Surah Al-Fatihah kepada:

a. Ruh Rasuulullah s.a.w.

b. Nabi Khidir a.s.c. Ruh Syaikh Abdul Qadir Jailanid. Ruh arwah ibubapa, guru-guru, orang tua dan sekalian muslimin muslimat.

~ Petua Untuk Wanita Sentiasa Perawan ~

Petua Untuk Wanita Sentiasa Perawan :



Caranya:
Lepas solat Isya',
ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita dan kebahagiaan rumahtangga.



Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Monday, August 16, 2010

~ Petua Awet Muda ~




Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.




~ Resepi Daging Masak Halia ~


Bahan :

daging 1/2 kg
bawang putih 5 ulas
bawang besar 1 biji
halia 1 inci
serbuk lada hitam 1 sudu
serbuk lada sulah 1 sudu
serbuk ketumbar 1 sudu
cili api ( mengikut suka)
kicap (mengikut rasa sendiri)
tomato 1 biji
minyak utk menumis


Caranya :

- daging direbus lembut dulu.
- panaskan minyak dlm kuali.
- tumbuk bawang putih.
- hiris bawang besar nipis.
- tumiskan kedua-dua bawang, kemudian masukan daging dan halia, kacau.
- bubuh serbuk lada hitam, lada sulah dan ketumbar.
- masukan kicap dan kalau pekat tambahkan sedikit air.
- masukan hirisan cili api dan tomato.
- rasa secukupnya.

Sunday, August 15, 2010

~ BASIC BREAD RECIPE ~




Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast


(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)


(C)
80 gm margarine


Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Note :
To make this Sausage Mix Vegetable Buns, I divided the dough to 70g each. Shape it and then sprinkle some mix vegetables on top. Pipe some mayonaise and tomato sauce.

~ Lempeng Tepung + kelapa ~


Bahan2 :

10 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 mug air
secubit garam
1 sudu besar gula
3 sudu kelapa parut putih


Cara2 :
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Tak perlu lama-lama dan tak perlu kisar.
2. Panaskan frying pan dan sudukan 2 senduk bancuhan tadi. Ratakan dengan bawah senduk buat bentuk bulat...macam buat lempeng leee..
3. Sesekali terbalikkan sehingga nampak garing.

(boleh makan dgn sadin atau kari)

~ KUIH KERIA ~




Bahan-bahan:

2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam


Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air


Cara-cara:

1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan
menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi
dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan
terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras.
Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar
boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur
sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.


Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga
keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan
dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS.
Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam
bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras
dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

~ KARIPAP INTI KENTANG & AYAM ~



Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak (dipanaskan dulu dlm kuali)
secubit garam
1/2 cawan air


Cara-cara:

1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.


Inti ubi kentang & ayam
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, buah
pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotong kecil dan nipis.
Tambah sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak.

~ AYAM GORENG KETUMBAR ~


Bahan :

1/2 ekor ayam di potong kecil
1 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan hirisan:
I labu bawang besar di potong empat
2 biji cili merah dihiris serong
6 biji cili padi dihiris
1 batang lobak merah dihiris tebal
3 tangkai daun kari


Caranya :

Ayam di bersih kan di lumur kan dengan serbuk ketumbar, serbuk lada dan serbuk kunyit. Perap selama 15 minit.

Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumis ayam bersama daun kari hingga masak. Setelah ayam masak dan lembut, masukkan bahan2 hirisan dan gaul sebentar. Bubuhkan garam dan sedikit gula dan gaul lalu dimatikan api. Hidang bersama nasi putih

~ Mee Rebus - 2 ~


Bahan :

500g mee kuning
500g tauge (dibuang akarnya)

Bahan kuahnya:
500g ubi keledek(direbus dan dikisar halus)
250g tetel lembu (dicuci bersih dan direbus hingga lembut)
sedikit minyak unuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kisar:
3 sudu makan tauco (cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin)
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (disangar)

Bahan taburan :
telur rebus, tahu goreng, limau kasturi, hirisan cili hijau, hirisan daun sop/bawang dan bawang goreng.

~ BREADED CHICKEN CHOP ~


Bahan :


1 ketul peha ayam dibuang tulang
50g serbuk roti
50g tepung jagung
1 biji telur
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
sedikit garam dan lada sulah


Caranya :

Peha ayam digaulkan bersama garam/ lada sulah dan diperap seketika. Pecahkan telur didalam satu bekas. Letakkan tepung jagung dan serbuk roti didalam bekas yang berasingan.

kemudian panaskan minyak dikuali. Salutkan isi ayam kedalam tepung jagung. Kemudian celupkan kedalam telur dan salutkan lagi dengan serbuk roti. Goreng hingga keperangan.

Hidangkan bersama makanan sampingan seperti fries, coselaw atau salad dan sos cili...

~ Untuk seri wajah ~


- selepas ambil wuduk, :
tadah tangan dan baca ...
ya badi'ah
ya nur
ya hadi
ya allah ya allah ya allah
(hembus ketapak tangan dan sapu ke muka)

- selepas solat subuh, :
sediakan air segelas ...
baca surah waqiah ayat 35 hingga 38 ..
hembus ke air dan minum ..

~ IKAN MASAK KERISIK ~



Bahan :

1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah dikisar
6 biji bawang putih dikisar
4 biji buah keras dikisar
2 batang serai dikisar
1 jari lengkuas dikisar
1 jari kunyit dikisar
2 ulas cekur dikisar
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis


Caranya :

Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar.

Tumis bahan kisar sebentar. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi. Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.

~ AYAM MASAK MERAH BEREMPAH ~





1 ekor ayam (potong dan dibersihkan dan goreng setengah masak)
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
200g tomato puree (kak rossya guna sos tomato)
4 biji tomato (dipotong enam)
sedikit kacang peas dan bawang goreng
2 batang serai dititik
3 cm lengkuas dititk
2 tangkai daun ketumbar (digunting kasar)
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
10 batang lada kering
4 biji bawang putih
3cm halia
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis

Panaskan minyak. tumis bawang besar, kayu manis, cengkih, pelaga , serai, lengkuas dan bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air, ayam goreng, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila pekat, taburkan buah tomato, kacang peas , bawang goreng dan daun ketumbar.

Tutup periuk dan matikan api. Sesuai dimakan dengan roti, roti prata dan nasi.

~ NASI HARISSA ~




1kg beras basmathi
(air ikut padat beras dan lebihkan 100ml)

Bahan kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10biji bawang putih

3 biji bawang besar dihiris
500g lobak merah (diparut kasar)
3 ikat daun ketumbar (ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau)
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak atau mentega untuk menumis

Beras dicuci bersih. Gaul dengan lobak merah dan tos hingga kering. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan kayu manis, cengkih dan pelaga. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis hingga garing. Masukkan air dan garam. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.

Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan masak hingga tanak. Hidangkan dengan lauk-pauknya.

~ KEK ROLL BLUEBERRY ~





25g air sejuk (dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula castor
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu kecil baking powder
10biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
100g mentega cair (guna double-boiler)


Satukan semua bahan kecuali mentega cair. Pukul dengan high speed sehingga menjadi puith dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Warna kan adunan dengan sedikit pewarna merah dan letak sedikit essence jika suka . (Kak rossya guna raspberry essence)

Tuangkan adunan kedalam acuan kek roll dan ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160C. Ketuhar hendaklah dipanaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk.

Cream nya:
250g gula dan 150g air dimasak dan disejukkan didalam peti sejuk. 500g mentega dan 1/2 sudu kecil vanilla di pukul hingga pekat. Baru masukkan air gula sejuk sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata dan halus.

Jem Blueberry:
1/2 tin blueberry(pie fillings) dimasak dengan 1/2 sudu makan tepung jagung dan sedikit air sehingga pekat dan hancur. (Boleh juga ganti dengan blueberry conserve.. tanpa perlu dimasak. Terus gunakan dari botol)

Cara menggulung:
Keluarkan kek dari acuan. Sapukan dengan cream dipermukaan kek sehingga rata. Letakkan sedikit jem blueberry dan gulung kemas-kemas. Bungkus dengan kertas kek atau plastik dan simpan dalam peti sejuk.

~ Kek Kukus ~


Bahan-bahan :

* 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
* 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja )
* 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
* 1 sk rata baking powder*
* 1 sb ovalette
* 150 ml susu cair
* 1/2 sk garam
* 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml
* 1 sk esen vanilla
* pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka



Cara-cara :

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

~ Apam Kukus ~


Bahan-Bahan:

3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
¾ cawan air suam
1 camca besar baking powder
1 sb minyak jagung/masak


Cara:

Pukul telur bersama gula hingga kembang,
Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air, minyak dan gaul hingga rata.
Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak.
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

~ Pulut Udang/ pulut panggang ~




Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
daun pisang secukupnya
lidi kelapa

bahan inti:
1 biji kelapa parut
10 batang serai
100 gram udang geragau
20 ulas cili padi
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 cawan gula
2 sudu teh garam

Cara:
cara memasak inti:
-kisar serai, udang geragau,cili padi,cili kering,bawang putih dan bawamg merah sehingga halus
-tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
-masukkan kelapa, gula dan garam secukup rasa.masak selama setengah jam sehingga inti kering
cara memasak pulut:
-kukus pulut selama dua puluh minit
-angkat pulut setelah masak dari dapur dan kacau bersama santan sehingga sebati
cara membuat:
-layur daun pisang terlebih dulu
-ambil dalam 1 1/2 pulut dan leperkan di atas daun pisang.kemudian letakkan inti di atas pulut dan gulung dgn rapat dan kemas.cucuk dengan lidi pada hujung dan pangkal.
-bakar di atas dapur dengan api yang perlahan selama 3 minit
-kemudian angkat dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:
50 batang

Tambahan:
inginkan bantuan hubugi saya di no: 0173576912

~ Apam Balik ~




Bahan:
2cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula
1 biji telur
1/2 camt serbuk penaik
1.5 cwn air
sedikit pewarna kuning


Bahan tabur:
gula
kacang tanah - digoreng & kisar kasar
krim jagung


Cara:
pukul telur & gula sampai kembang. masukkan air,serbuk penaik & pewarna kuning. pukul lagi sampai nampak rata.
masukkan tepung sedikit sedikit, sampai tepung habis. pastikan takde bintil bintil tepung sbl masak.
ok.. panaskan kuali leper, lenser dgn sedikit minyak. tuangkan sesenduk dlm kuali, pastu bile nak hampir masak, letak ler gula, kacang & jagung. lipat..

~ Kuih Tepung Pelita ~


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
* 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
* 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
* sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga
sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau
sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun
pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan...

~ Talam ubi kayu ~


Bahan-bahan ( Saiz loyang 30 cm )

* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair


Bahagian Atas
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum


Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan..

Saturday, August 14, 2010

~ Pai Labu ~


BAHAN-BAHAN:


PASTRI :

250gm marjerin atau mentega
1 biji telur
380gm tepung serba guna
20gm tepung jagung
3 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla



INTI :

1 biji labu kuning (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil)
3 biji telur
120gm gula perang
120ml krim
1 sudu kecil esen vanila



CARA MEMASAK:

1. Pastri: kisar marjerin menggunakan alat pengisar OK SMOOTHY dan masukkan telur dan kemudian gula, tepung dan esen.
2. Kisar perlahan hingga bergaul rata.
3. Sediakan acuan bulat berukuran 25sm dan ratakan doh ke dalamnya dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180°C. Ketepikan.
4. Inti: kukus labu dan kisar halus.
5. Ambil 450g sahaja dan bekukan baki labu.
6. Campurkan labu kisar, telur, gula, krim dan esen dan gaul rata.
7. Tuang ke dalam kulit pai tadi dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 30-40 minit hingga keemasan.
8. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong untuk dihidang.

~ Kueh Lapis ~


Bahan-bahan

* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
* 1 st garam
* 2 cawan santan (atau susu cair)
* 1 st minyak masak
* 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
* 4 cawan air

Cara-cara

1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

p.s : boleh juga aduanan tadi dikacau dlm periuk dgn api perlahan sampai pekat dan masak, kemudian tuang dlm loyang.
sebelum tuang bahagikan kedlam beberapa warna mengikut citarasa.

~ BUBUR LADA HITAM ~




Bahan-bahan:

240gm beras
750ml air
125ml santan
300gm daging | dihiris nipis
1 biji bawang besar
2.5sm halia
1 sudu teh lada hitam | ditumbuk
5gm bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
½ biji lobak merah | dipotong nipis
50gm bunga kobis
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa


Cara memasak:

1. Masukkan beras dan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan daging, halia, bunga lawang dan juga kulit kayu manis. Biarkan masak seketika.
3. Setelah itu, masukkan lobak merah dan bunga kobis.
4. Kacau sekali sekala hingga menjadi bubur dan masukkan santan, lada hitam dan garam secukupnya. Biarkan masak dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hiris hingga berbau wangi.
6. Tuangkan ke dalam bubur dan gaul rata.
7. Sedia dihidangkan.

Friday, August 13, 2010

~ Mee Rebus ~


Ingredients :

1) 500 gm yellow noodle
2) 300 gm meat or
3) 300 gm chicken meat
4) 300 gm dry prawn
5) Salt & cooking oil
6) 2 tbsp chilies paste
7) 3 garlic
8) 5 onions
9) 1 bowl chicken stock
10) 1 tbsp palm sugar
11) 4 tbsp peanut
12) 2 tbsp curry powder
13) 2 pcs. sweet potatoes – boil and mashed


Garnishing Ingredients:

Fresh red and green chilies, spring onion – all shredded.
200 gm bean sprouts,boil egg,fried bean curd (cut cube) and fried shallot.


Method :

1) Prepare garnish before cooking noodle and gravy.

2) Pounded onion, dry prawn, garlic until smooth.

3) Pounded peanut not too creamy for better result and tasted.

4) Heat oil and fry pounded ingredients, chilies paste and curry powder until fragrant.

5) Add stock, meat, sugar palm and bring to boil. Add mashed sweet potatoes to thicken gravy and add salt to taste. Keep gravy simmering until required.

6) Boil water in a deep pan. Scald the noodle, drain and remove. Scald the bean sprouts, drain and remove.

7) To serve, put some noodle and bean sprouts into individual serving plates.

8) Garnish well and pour in the hot gravy. Serve immediately.

~ Puding Caramel Kukus ~



Bahan-bahan :
( 3 orang kalau xkuat makan )

* 1 tin susu cair
* 1 tin air (ikut tin susu cair)
* 3/4 tin susu pekat (kalau tak suke manis letak 1/2 pun bole)
* 5 biji telur
* 300g gula
* 1 sudu teh vanilla essence


Cara-cara :

1. masukkan semua bahan kecuali gula dalam satu bekas dan pukul sampai agak2 sebati. kalau ade blender, blend je semua. resipi ni xboh gula dalam puding coz gula tu nnt wat puding tu keras, boleh potong2 mcm kat pasar malam, xmelt in the mouth.

2. masukkan dalam bekas dan kukus selama 15-20 minit. guna api sederhana kecil.

3. kalau agak2 tepi2 tu dah berlubang, bolehla angkat. buangkan air yang kat tengah2 caramel tu tapi hati2 jangan tertumpah pulak pudingnye. Lepas tu masukkanla dalam fridge biar sejuk je masuk dlm tekak nanti.

4. untuk caramel (gula hangus), masukkan 300 gm gula dalam periuk dan panaskan atas api perlahan sampai agak2 brownish and dah cair. pastu masukkan air sikit. tuangkan atas puding mase nak makan.

5. kalau prefer gula tu dah ada atas puding masa kukus,tuangkan gula dulu, pastu tuangkan bahan yang blend tadi baru kukus.

~ Basic Pancakes Recipe ~


Ingredients:

* 2 cups flour
* 2 cups milk
* 2 eggs
* 1/3 cup melted butter
* 1 Tbsp. sugar
* 2 teaspoon baking powder
* 1/2 teaspoon salt


Instructions :

* In a small bowl, beat the eggs and set aside.
* In a large bowl, blend the dry ingredients thoroughly (flour, salt, sugar and baking powder).
* Add the butter, milk and eggs to the dry ingredients and stir until the pancake batter is just blended, with no large lumps.
* Spray a griddle or non-stick frying pan with pan spray or lightly oil, heat it until drops of water sizzle.
* Pour spoonfuls of the pancake batter onto the hot surface. When bubbles rise in each pancake, it is usually time to flip it. Cook until golden brown.

Serve with butter and maple pancake syrup or fruit sauce. Pancakes are also excellent with fresh fruit.
.

~ IKAN MASAK TAUCU ~




Bahan-bahan
2 keping Ikan cermin[boleh gunakan ikan merah, bawal putih,kembung]
1/2 cawan taucu (ikut sukatan ikan, kalau banyak ikan, banyak taucunya)
1 batang timun [potong kecil]
1/2 batang carrot [potong kecil]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/k gula (kalau perlu)
1 s/k kunyit
air secukupnya
minyak

bahan mayang/hiris
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 biji cili besar merah
3 biji cili hijau
3 labu bwg besar

Cara:
1. Bersihkan ikan dan gaul dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa, gula, cili dan biarkan mendideh.
4. Masukkan timun dan carrot. Kacau rata.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.

~ IKAN PEKASAM ~




Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.

Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.





(http://hanieliza.fotopages.com)

Monday, August 9, 2010

~ KERABU SOTONG ~




Bahan A :

500 gram sotong ...hiris kasar dan celur tanpa air
1 pokok daun ketumbar ]
1 pokok daun bawang ] mayang
1 biji bawang besar ]
5 biji cili padi ]
3 biji cili merah ] dihiris
5 ulas bawang merah ]
3 biji buah tomato [potong dadu]
1 biji mangga muda [racik halus]
3 S/b Apple Cider Veniger /cuka/air limau
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula pasir

Cara:
Gaulkan semua bahan dan hidangkan



(http://www.freewebs.com/makananlaut/)

~ IKAN BAKAR ~



Bahan:
1 ekor tongkol/siakap/bawal
1 senduk minyak masak
1/2 cawan kecil air asam jawa
2 s/b gula
garam

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 biji cili hijau
1 s/b Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning

Cara:
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan.
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing semasa dibakar.
3. Bakar dalam convection oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Balikkan juga ikan tu supaya masak kedua2 belah.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi dan terbit minyaknya.
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa, gula dan garam.
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat.
7. Tuangkan ke atas ikan tadi.
8. Hidangkan bersama nasi putih

~ SIAKAP MASAK SWEET SOUR ~




Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
Cosway Delichef Flounder Fish Seasoning

Bahan untuk sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
½ botol sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

~ Ikan Kukus ~



Bahan2:
2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
2 biji bwg besar - dimayang halus
2 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
5 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus
Gula & garam secukup rasa
Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar


Cara2 :
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas.
Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk.
Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam.
Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.

Wednesday, August 4, 2010

~ BISKUT COKLAT CIPS RANGUP ~




Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla


Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum


Cara :
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..

~ Ginger Tea - for headache ~

Experience the healing power of herbs in your own home with simple Ginger tea.
Just boil a few slices of fresh Ginger with a stick of Cinnamon and sweeten to taste.

What's it good for?

..... improving digestion,
relieving nausea,
relieving the symptoms of flu,
relieving joint pain,
soothing headaches and migraine,
relie...ving osteoarthritis
and it will even provide antioxidant protection
for your digestive system at the same time!