Tuesday, October 22, 2013

APAM BALIK ......

                                                                

BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik (baking powder) 
1/2 sudu teh garam

BAHAN B
2 cawan susu segar 
1/2 cawan minyak 
2 biji telur

BAHAN C (untuk inti)
1 cawan jagung krim
Sedikit kacang goreng di kisar kasar


Cara membuat

1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk besar.

2. Masukkan semua bahan B dan kacau rata.


3. Panaskan kuali non stick dan sendukkan adunan.tutup kuali non stick dan biarkan adunan tiga suku masak


4. Letakkan jagung krim dan taburkan kacang tanah kisar, lipat serta bolehlah di hidangkan. Apam balik yang di jual di pasar malam selalunya di tabur sedikit gula di atas intinya tetapi bagi saya adunan ini sudah cukup manis dan sedap.

                                                                              /////////////////////////////////////////////////////
 
Bahan :
170gm tepung gandum
100gm tepung beras
30gm tepung jagung
150gm gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
6-7 ozs air

Bahan inti :-

Kacang tanah
Gula
Butter
Jagung krim

Cara2:-

Campurkan semua bahan, gaul hingga sebati. Perap 3-4 jam.
Panaskan kuali, sapukan sedikit butter pada kuali ( klu guna non stick pan x perlu sapu butter), tuangkan sedikit adunan...ratakan...taburkan bahan inti. Setelah masak lipat 2 bahagian.
                                                     /////////////////////////////////////////////////////////////////////////
 
bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar 

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
 

No comments: