Tuesday, October 1, 2013

RESEPI TEPUNG BUNGKUS ...........

 
 
Bahan2

1 cwn +2sdb tpung beras

3 cawan santan

sedikit garam & 1sdb gula

daun pisang - untuk membalut

 
Bahan2 inti :

1/2 biji kelapa parut

1/2 cawan gula merah

1 sudu besar gula

1 helai daun pandan . *tpg pulut 1cwn + 1/2 cwn air + pwarna hijau
disatukan jd doh. mcm buah melaka

Cara membuat :

Satukan semua bahan inti kecuali bhn bertanda * dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu,balut dgn adunan tpg pulut tadi.

Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.

Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.

Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.

No comments: