Bahan2 :
1. 1/2 ekor ayam.
2. 4 ulas gawang putih.(dikisar halus)
3. 1 labu bawang besar.(dikisar halus)
4 1 inci halia.(dikisar halus)
5. 3 sudu lada hitam(lada ni ikut la nak bubuh banyak mana pun,ikut suka,
di tumbuk kasar)
di tumbuk kasar)
6. Garam,gula secukup rasa.
7. Sedikit sos lada hitam dan sedikit kiub ayam.
8. 2 bijik ubi kentang(potong ikut suka)
9. 4 bijik cili padi.(di ketuk bagi pecah sikit)
10. 1 labu bawang besar(di potong bulat)
11. 1 pokok daun bawang.
Cara2 :
Bersihkan ayam,pas tu letak sebelah...Panaskan minyak dalam
kuali....(minyak sikit ja tau..)Bila minyak dah panas,tumis kan kesemua
bahan yang telah dikisar dan jugak lada hitam yang di tumbuk kasar.Pas
tu masukkan ayam..goreng sebentar ngan bahan yang kita tumis tadi..Bila
dah agak garing,masukkan sos lada hitam,gula,garam dan kiub ayam...kalau
rasa kuah dia pekat sangat boleh la masukkan sedikit air.Akhir sekali
masukkan ubi kentang,cili padi dan bawang besar.
No comments:
Post a Comment