Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - ( tambah 2 sudu besar lagi)
2 biji telur A
esen vanila
Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - (ikut rasa)
1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1
sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih
kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt
plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar
perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul
sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan
sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan
hidang.
///////////////////////////////////////////////////////////
Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna
*kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik)
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda
Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *
kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan
Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang.
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata.
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.
* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting
Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila
Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek.
*Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.
No comments:
Post a Comment