Tuesday, June 14, 2016

AYAM KARAMEL ..........

kepak-ayam-karamel 


Bahan-bahan ( 12 keping )


  • 12 keping isi ayam(elok potong medium size)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih -( kupas kulit dan tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar halia dicincang ( hiris-tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan simpul (xda pun xpa ..nk bagi wangi)

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
  3. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.Kemudian tutup kuali. 
  4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua masak dan browned (bersalut dengan sos).

NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat

No comments: