7 Doa Yang Patut Setiap Ibu Amalkan Demi Anak-Anak..
Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.
Kami
tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa
anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang
ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi
alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang
diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa
arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun
tidak mengapa.
Yang penting apa?
Ikhlas.
Berharap.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“
Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca
doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya.
Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan
izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai
orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan
bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau
baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi
Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut
namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut
namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih
menyusu,hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan
juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang
yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya
Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian
orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa
ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya
Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib
dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah
Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha
Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci
Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan,
Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna,
bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang
Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika
surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk
meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya
hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“
Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana
sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang
tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
No comments:
Post a Comment